Kelas Softskill – Membuat Kad Ucapan Krismas

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran dan kreativiti peserta menghasilkan kad ucapan yang menarik.

Dalam kelas ini, setiap peserta telah diberi sehelai kertas berwarna, 2 helai kertas putih yang bercorak ucapan Merry Christmas dan gambar Krismas, marker berwarna, gunting dan gam. Mereka dikehendaki untuk mewarna gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing dan menggunting lalu melekatkannya di atas kertas berwarna yang telah dilipat kepada dua bahagian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali